BruSurrey National Day Celebration 2013


Semarakkan Hari Kebangsaan Di Sebarang Laut
Oleh Mohammad Asyramisyanie,



Extracted from Media Permata, 12 March 2013.


Sudah menjadi kelaziman para pelajar Brunei di luar negara meraikan dan menyemarakkan tarikh 23 Februari bagi sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan begitu juga yang berlangsung baru-baru ini di University of Surrey, United Kingdom.

Persatuan pelajar Brunei Univeristi Surrey (BruSurrey) telah mengadakan majlis itu di Bilik Manor Park dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh pegawai Hal Ehwal Agama BruSurrey, Mohd Muizzuddin Haji Mahli.

Laungan lagu kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” meneruskan agenda majlis itu sebelum pelajar dan jemputan berkumpul bagi melaungkan bacaan ikrar yang diketuai oleh Mohd Muizzuddin Haji Mahli.

Sejurus selepas itu, pelajar dan jemputan disana menonton video klip titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam bagi sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-29 bagi tahun 2013 baru-baru ini.

Presiden BruSurrey, Hafizuddin Hassan meneruskan agenda majlis itu dengan memberi ucapan sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik antaranya lagu ‘Bendera Negara’ dan ‘Berkibarlah Bendera’.

Apa yang menarik dalam sambutan kali ini, pelajar Brunei turut menjemput ramai pelajar luar untuk ikut serta memeriahkan lagi suasana majlis dan melibatkan mereka dalam permainan kuiz dan 10 lagi jenis permainan dalam yang turut disertai jemputan di majlis itu.

Antara yang disentuh dalam kuiz itu ialah perkara yang berkaitan dengan Brunei Darussalam termasuk sejarah, ekonomi, fizikal, perkara umum dan juga soalan mengenai Universiti tempat mereka belajar masa kini di Surrey.

Turut hadir memeriahkan suasana majlis itu adalah Timbalan Presiden Persatuan pelajar Malaysia Univeristi Surrey serta ahli persatuan berkenaan, Pelajar Persatuan Singapura, Brazil, Indonesia dan Pakistan serta beberapa pelajar Brunei yang berkunjung ke Surrey daripada Universiti Keele.

Jemputan dan hadirin di majlis itu diagihkan kepada 5 kumpulan yang antaranya dinamakan Air Mulih, Pelangi, super 6 yang menggabungkan pelajar Brunei dan Pelajar Antarabangsa, BSM (Brunei, Singapura, Malaysia) dan Nasi Ayam Penyet yang menggabungkan pelajar Brunei, Indonesia dan Malaysia.

Menurut BruSurrey, antara tujuan utama penganjuran kuiz itu adalah untuk mempromosikan Brunei sebagai destinasi pelancongan dan dengan penglibatan warga antarabangsa ke majlis ini dapat mendedahkan mereka kepada Festival Antarabangsa yang antaranya akan menampilkan Peameran dan Gala yang turut disemarakkan dengan persembahan tradisi Brunei Darussalam.

Menurut Nur Majidah Mohd Drus antara peranan penting seorang pelajar adalah untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita negara kearah wawasan Brunei 2035 dengan menjadikan Brunei sebagai sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

Selain daripada itu pelajar Sarjana Pengurusan Makanan tu menegaskan ia juga akan membantu negara Brunei dari segi ekonomi dengan melalui sektor pelancongan dan sektor makanan yang boleh meningkatkan ekonomi Brunei.

Dalam ucapan Presiden BruSurrey beliau anataranya menegaskan “Kita yang mengaku sebagai rakyat Brunei haruslah menghargai kemerdekaan serta mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang telah dicapai dengan sentiasa turut berkecimpung dalam setiap aktiviti yang menyumbang kepada pembinaan negara.”

Justeru beliau menyeru semua ahli persatuan Pelajar Brunei di Universiti Surrey untuk terus komited menjayakan segala usaha yang sedang dijalankan oleh persatuan dengan penuh kesungguhan dan semangat patriotik yang berkobar-kobar.

Menurutnya “Usaha seperti persembahan gala antarabangsa dan pameran antarabangsa, dimana latihan dan persiapan sedang giat dilaksanakan, boleh menjadi suatu kebanggaan buat negara dan ini adalah salah satu sumbangan kita sebagai rakyat Brunei di luar negara untuk mengharumkan nama negara. Sememangnya usaha tersebut tepat dengan tema pada tahun ini iaitu “Negaraku Brunei Darussalam”.






Listening to titah of His Majesty


Kek batik and kek pelangi
The food



The winning team, Air Mulih
Friends from Malaysia Student Society, MSS

No comments:

Post a Comment