BruSurrey National Day Celebration


Pelajar Brunei di UK tunjuk semangat patriotik
Oleh Mohamad Asyramisyanie

Sesi bergambar ramai pelajar BruSurrey di majlis itu baru-baru ini.


Pasukan yang memenangi Kuiz Khas hari Kebangsaan anjuran BruSurrey.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb - Dalam kemeriahan laungan Allahuakbar di ibu negara pada 23 Februari lalu, pelajar Negara Brunei Darussalam di Universiti of Surrey United Kingdom turut menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Brunei yang ke-28 baru-baru ini.
Majlis berlangsung di LTE University of Surrey itu dipengerusikan oleh Awangku Asmin Pengiran Haji Ismail. Surah Al-Fatihah membuka tirai majlis diikuti bacaan doa selamat oleh Mohd Khairuddin Sahali sebelum ucapan oleh Presiden BruSurrey, Norainayani Kamis sejurus selepas nyanyian lagu Allah Peliharakan Sultan.
Ahli Jawatankuasa Informasi BruSurrey, Hafizuddin Hassan kemudiannya meneruskan majlis dengan memimpin bacaan Ikrar sebelum suasana di sana dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotik.
Antara lagu yang dipersembahkan oleh pelajar Brunei ialah "Bendera Negara" dan "Berkibarlah Bendera" sebelum menyaksikan cerita pendek Brunei secara online dan pertunjukan Slaid.
BruSurrey kali ini turut mengadakan acara kuiz Hari Kebangsaan berkaitan sejarah serta politik Negara Brunei Darussalam, dengan para pelajar diagihkan kepada empat kumpulan dengan lima ke enam orang bagi setiap kumpulan.
Apa yang menarik juga, mereka menggunakan nama kuih dan nama khas yang berkaitan kebangsaan serta identiti Brunei seperti Air Muleh, Penyaram, Kumpulan Bolkiah dan Jong Sarat, dengan Kumpulan Air Muleh muncul juara dalam pertandingan kuiz itu.
Norainayanie menegaskan bahawa sambutan "Hari Kebangsaan memberikan peluang untuk kita (Rakyat Negara Brunei Darussalam) menghargai sejarah dan warisan yang bersesuaian dengan tema Negara ku Brunei Darussalam".
"Tema pada tahun ini memberikan kesan terutama kepada memupuk rasa kecintaan kepada Negara, Raja, Agama, Warisan dan Budaya, khazanah serta falsafah negara," jelas beliau.
Menurut presiden BruSurrey itu berjauhan daripada tanah air bukan penghalang untuk pelajar semua menanamkan sikap patriotisme dan melalui majlis seperti ini ia akan dapat memberi peluang untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan negara bersama warga Brunei yang lain di sana.

http://www.mediapermata.com.bn/rabu/feb29t31.htm

No comments:

Post a Comment